Al Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga bekas Adun Tanjung Puteri, Datuk Hj. Ali bin Muhammad di atas pemergian beliau  ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

JOHOR BAHARU 2 Mei - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Ali Mohamed meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari ulang tahun kelahirannya ke-68 hari ini.

Menurut isterinya, Datin Rokiah Othman, 56, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital tersebut sejak 21 April lepas.

“Allahyarham dimasukkan ke HSI pada 21 April lalu kerana terdapat ketumbuhan pada usus besar dan menjalani pembedahan di hospital sama pada 27 April lalu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Allahyarham menjadi lemah selepas pembedahan itu dan kurang selera makan.

Allahyarham, yang juga Timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan tujuh cucu.

Jenazah Allahyarham kemudian telah dibawa ke kediamannya di No.17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, di sini. - Bernama

Share This Post

logojp

Peluang baik untuk warga Johor Bahru, yang sedang mencari pekerjaan.

Kerja : Banci Penduduk (Kontrak)

Elaun : RM48.00 sehari (++ elaun lain)

Kelayakan Min : SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia

Temuduga akan dijalankan seperti berikut :-

Tempat : Bilik Gerakan, Jabatan Perangkaan,
Tingkat 14, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

Tarikh :  16 & 17 April 2009 (Khamis/Jumaat)

Waktu : Bermula jam 8.00 pagi

HARAP JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Share This Post

Shahrir Abdul Samad (tujuh dari kiri) dan Edrie Hashim (lima dari kanan) dan (tiga dari kiri) Ketua Pengarah Eksekutif Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd., Shahrul Azlan Mohd. Zulkifli bersama barisan artis kumpulan indie yang akan membuat persembahan pada Konsert Radio Rosak 4 April ini.


SUATU ketika dahulu, muzik underground tidak diterima mesra oleh kerajaan hanya kerana kontroversi subgenrenya, black metal.

Tersalah menafsirkan black metal, gig-gig kecil aliran underground yang lain diserbu polis dan permit bagi menganjurkan gig turut ditarik.

Asal dalam satu persembahan itu dipenuhi dengan muzik yang bingit dan bukan aliran muzik komersial, mereka dikecam habis-habisan.

Tapi kini semuanya berubah. Muzik underground terutamanya indie diterima baik oleh kerajaan malah diberi pengiktirafan.

Lebih menarik, menteri yang menjadi tulang belakang kepada konsert yang disertai oleh kumpulan-kumpulan indie ini.

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, menjadi pencetus idea kepada Konsert Radio Rosak Untuk Tabung Gaza 25 April ini.

Konsert Radio Rosak Untuk Tabung Gaza ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru anjuran Parlimen Johor Bahru dan Neo Worldwide Entertainment.

Konsert ini akan membawa 10 kumpulan indie tempatan untuk beraksi iaitu kumpulan Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged, The Rhaman dan Plague of Happiness.

Objektif utama program ini adalah untuk mengumpulkan dana untuk penduduk Palestin di Gaza melalui penjualan tiket dan sumbangan orang ramai.

Menurut Shahrir, beliau mencadangkan konsert yang mengumpulkan kumpulan-kumpulan indie ini kerana mereka memerlukan platform untuk menonjolkan muzik mereka memandangkan kumpulan-kumpulan ini bergerak sendiri.

“Artis komersial ada orang yang menguruskan pemasaran dan publisiti mereka dan tidak menjadi masalah untuk mereka menonjolkan diri.

“Berbeza dengan kumpulan indie ini, kebanyakan daripada mereka amat berbakat dan kreatif tetapi kurang dikenali secara komersial hanya kerana mereka bergerak sendiri dan tidak disediakan platform yang sesuai.

posterradiorosak

Read the rest of this entry »

Share This Post

teknik

Share This Post

larkin1

Share This Post

sktp

Share This Post

dscn7223

dscn72251 dscn72271

Johor bahru 08 Mac 2009, Majlis makan malam Jubli Perak ke 25 yang berlangsung di Grand Straits Garden Restaurant anjuran Sekolah menengah Kebangsaan Sri Tebrau Johor Bahru,

Majlis yang di rasmikan Oleh Tn Haji Ali Bin Mohd Salleh, Setiausaha Politik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia Selaku wakil Rasmi YB. Dato` Shahrir Bin Abdul Samad..

Read the rest of this entry »

Share This Post

Haji Ali Turut Bersama Membantu Mangsa Banjir

Haji Ali Turut Bersama Membantu Mangsa Banjir

JOHOR BAHRU: Lebih 1,200 penduduk sekitar bandar raya ini terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara apabila kediaman mereka terjejas akibat banjir selepas hujan berterusan tujuh jam, sejak jam 11 pagi semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, berkata beberapa kampung di daerah Johor Bahru Selatan dan Seri Alam terjejas dalam kejadian yang pertama berlaku di negeri ini pada tahun ini.

Antara yang terbabit ialah Kampung Dato Hajah Hasnah Ahmad, Majidee Baru, Kampung Bakar Batu, Kampung Melayu Al-Eksan, Lakin, Kampung Baru Plentong, Saujana Plentong, Kampung Mohd Amin, Kampung Masjid dan Kampung Sentosa.

“Kami menerima maklumat 1,134 penduduk dari Baru Plentong dan Kampung Mohd Amin ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 dan Sekolah Kebangsaan Nong Chik sejak tengah hari, tadi.

“Sehingga 6.30 petang, 629 penduduk masih di penempatan sementara,” katanya.

mainpix

Read the rest of this entry »

Share This Post

dscn69901

Read the rest of this entry »

Share This Post

dscn7652

Read the rest of this entry »

Share This Post

« Older entries